Senarai Kawasan Gangguan Bekalan Air Di Kuala Lumpur Dan Selangor



Kerajaan Selangor akan memulakan program pencatuan air di seluruh kawasan di negeri ini mulai esok. Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim , mulai esok setiap pemegang meter air akan menerima air secara berjadual, iaitu dua hari rumah itu akan dapat, lepas tu dua hari kemudian tidak dapat bekalan air dan begitulah seterusnya secara bergilir-gilir. Pencatuan air ini akan berterusan sehingga air di empangan negeri ini berada dalam keadaan seperti sedia kala.

Selain itu, menurut laman Facebook Puspel Syabas, mereka memaklumkan bahawa sekiranya keadaan ini ( terputus bekalan air dan tekanan rendah sejak kebelakangan ini disebabkan pertambahan permintaan air yang mendadak ekoran dari cuaca panas kering dan ketiadaan hujan yang berlarutan ) berlaku secara berterusan, adalah dijangkakan lebih ramai pengguna akan mengalami terputus bekalan air. Dalam menghadapi keadaan ini, pihak SYABAS telah mengaktifkan pelan tindakan kecemasan kepada seluruh kakitangan SYABAS bagi memantau dan mengurus penghantaran bantuan air kecemasan menggunakan lori-lori tangki dan tangki statik untuk meringankan kesan yang dialami oleh pengguna terlibat. Walaubagaimanapun kemampuan bekalan air kecemasan ini amat terhad dan tidak mampu memenuhi kesemua permintaan pengguna yang terlibat dalam masa yang ditetapkan dan diinginkan oleh pengguna.

Pihak SYABAS berharap agar para pengguna semua memahami keadaan ini dan bagi mereka yang yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian bebas tol PUSPEL SYABAS di talian 1-800-88-5252 atau menghubungi Pusat Khidmat Setempat (PKS) SYABAS yang turut dibuka di kawasan mereka.

Sebarang maklumat catuan air, anda boleh rujuk laman Facebook Puspel Syabas dan laman web rasmi Syabas.

Cuaca Kering Dan Ketiadaan Hujan

Sejumlah 83,084 pintu rumah di beberapa kawasan di sekitar Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya juga mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah sejak kebelakangan ini disebabkan pertambahan permintaan air yang mendadak ekoran dari cuaca panas kering dan ketiadaan hujan yang berlarutan.

Senarai kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air ini adalah seperti berikut:-

WILAYAH HULU LANGAT

1. Bandar Tun Hussien Onn
2. Saujana Impian

JUMLAH PINTU RUMAH: 8,378

WILAYAH KUALA LANGAT

1. Batu 7 ijangkang
2. Batu 8 Sijangkang
3. Batu 9 Sijangkang
4. Batu 9 Kg Medan
5. Batu 9 Kebun Bharu
6. Taman Desa Sijangkang
7. Taman Rivera Perdana
8. Taman Permai Sijangkang
9. Taman Sijangkang Indah
10. Taman Medan Indah
11. Taman Perwira
12. Taman Sijangkang Jaya
13. Taman Seri Medan

JUMLAH PINTU RUMAH: 7,351

WILAYAH KUALA LUMPUR

1. Angsana Hilir
2. Ampang Hilir
3. Taman Pertama
4. Taman Bukit Pandan
5. Kg Pandan Luar
6. Kg Pandan Dalam
7. Taman Koperasi Polis
8. Taman Desa Baiduri
a. Jln Tenteram
b. Jln Yaakob Latif

9. Bandar Damai Perdana
10. Taman Damai Perdana
11. Taman Desa Cahaya
12. Taman Sri Bahagia
13. Taman Bukit Anggerik
14. Taman SPPK Bkt Cheras
15. Taman Orkid Desa
16. Taman Segar
a. Jalan Belimbing

17. Taman Billion
a. Jalan Setiabistari

18. Taman Supreme
a. Jalan Setiamurni 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11 & 12

19. Taman Cheras
a. Jalan Setiabudi

20. Taman Cheras Utama
a. Jalan Setiarasai

21. Taman Cheras Hartamas
a. Jalan Setiarayai

22. Taman Bkt Segar Jaya
a. Jalan Setiajaya

23. Bandar Baru Segar Utama
a. Jalan Medan Setia

24. Taman Damai Indah
a. Jalan Setiabakti

25. Taman Minang Ria
a. Jalan Setiakasih

26. Taman Bukit Angsana
a. Plaza Damansara

27. Taman Suria Jaya
a. Taman Seri Beringin

28. Taman Len Seng
29. Taman Desa Cheras
30. Taman Alam Damai
31. Taman Maluri
32. Taman Bukit Segar
33. Taman Bukit Segar Masera
34. Taman Tayton View
35. Taman Connaught
36. Pandan Prima
37. Taman Tenaga
38. Taman Ikan Emas
39. Sebahagian Bandar Tun Razak
a. Hospital UKM (HUKM)

40. Taman Midah
41. Taman Desa Aman
42. Taman Rajawali
43. Taman Cheras Makmur
44. Kg. Cheras Baru, Bukit A & B
45. Sebahagian Kawasan Damansara:
a. Jalan Segambir

JUMLAH PINTU RUMAH: 55,826

WILAYAH HULU PETALING

1. Puchong Jaya
2. Pusat Bandar Puchong
3. Taman Wawasan
4. Kawasan Perindustrian Bandar Puchong
5. Taman Bukit Kuchai

JUMLAH PINTU RUMAH: 11,529

Pencemaran Ammonia Di Sungai Langat

Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, sejumlah 27,003 pintu rumah di bebeberapa kawasan di Hulu Langat dan Kuala Langat masih mengalami terputus bekalan air kerana Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup semenjak 28 Januari 2014 yang lalu disebabkan pencemaran kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat.

Senarai kawasan yang masih terputus bekalan disebabkan penutupan kedua-dua loji rawatan air tersebut adalah seperti berikut:-

WILAYAH HULU LANGAT

1. Taman Setia, Balakong
2. Desa Karun Mas
3. Taman Cheras Jay
4. Taman Bukit Emas
5. Taman Impian Indah
6. Taman Sejati
7. Taman Bukit Sungai Long
8. Taman Taming Indah
9. Kawasan Perindustrian Cheras Jaya
10. Taman Sri Indah
11. Taman Impian Ehsan
12. Taman Suria
13. Taman Kasturi
14. Kampung Baru Balakong
15. Taman Seri Sungai Long
16. Taman Seri Kenangan
17. Batu 11, Jalan Cheras
18. Taman Balakong Jaya

JUMLAH PINTU RUMAH: 18,430

WILAYAH KUALA LANGAT

1. Kampung Olak Lempit
2. Kampung Bukit Changgang
3. Kampung Labohan Dagang
4. Taman Changgang Jaya
5. Kompleks Perabut Olak Lempit
6. Rtb Bukit Changgang
7. Bandar Seri Ehsan
8. Bandar Mahkota
9. Bandar Sungai Emas
10. Taman Arked
11. Taman Sri Dagang
12. Taman Ambar
13. Taman Langat Murni
14. Taman Langat Utama
15. Taman Murnimas
16. Taman Sri
17. Taman Sri Chedin
18. Sekolah Tamil Sungai Sedu
19. Selangor Dredging

JUMLAH PINTU RUMAH: 8,573

5 IDEA TEMA PERKAHWINAN

1. Perkahwinan Dalam Taman (Garden Wedding)

Tema ini adalah salah satu tema perkahwinan paling popular di Malaysia. Disesuaikan dengan iklim panas di negara kita, tema ini masih sesuai untuk majlis perkahwinan indoor.Secara asasnya, hiasan bunga dan latar warna hijau memainkan peranan dalam menghidupkan tema ini.







2. Winter Wedding

Semenjak ledakan drama bersiri Ariana Rose, tema ini juga sudah semakin meniti popular dijadikan tema perkahwinan idaman.







3. Tradisional Melayu

Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Tema perkahwinan tradsional melayu masih relevan dan sentiasa menjadi pilihan sehingga ke hari ini.





4. Perkahwinan Pantai (Beach/ Sea Wedding)

Mengadakan majlis perkahwinan di tepi pantai tentunya menjadi impian ramai pasangan, walau bagaimanapun, untuk merealisasikan agak sukar memandangkan lokasi pantai sebenar agak menyulitkan tetamu untuk hadir ke majlis anda. Namun, jika anda kreatif, anda masih mampu menjadikan impian tersebut satu kenyataan dengan dekorasi bertema pantai seperti kulit siput dan cengkerang dan mengambil warna biru sebagai latar.



5. Tema Jawa

Selebriti Serina Redzuwan dan Jovian Mandagie adalah antara selebriti yang memilih tema ini untuk hari bahagia mereka. Tentu menarik jika anda pilih tema seperti ini terutama jika anda punya darah keturunan jawa.



sumber gambar : http://mstar.com.my/



8 TIPS PENJAGAAN KULIT DARIPADA SINARAN MATAHARI




Sinar matahari, walaupun bermanfaat bagi kulit, namun juga mempunyai pengaruh buruk jika kulit kita sering terdedah khususnya jika sang suria sedang bersinar dengan terik di tengah hari. Radiasi yang terdapat di UVA dan UVB dari matahari, boleh merosakkan rangkaian DNA kulit, yang boleh menyebabkan terjadinya kanser kulit!

1. Jangan lupa pakai krim pelindung matahari walaupun anda terlindung daripada matahari

Walaupun berada dalam rumah anda digalakkan memakai krim pelindung matahari, jika sinaran matahari mampu menembusi tingkap rumah. Teliti terutamanya pada hari-hari anda akan memandu, sinar UVA boleh menembusi kaca depan kereta dan tingkap.

2. Jangan hanya pakai krim pelindung matahari di muka sahaja

Walaupun anda tidak berada di pantai atau kolam renang, ia adalah sangat penting untuk memakai krim pelindung matahari di tangan, siku, lengan, bibir, telinga, kiranya keseluruhan anggotan badan. Kawasan ini juga menerima pendedahan matahari dan bukan sahaja cepat untuk menunjukkan tanda-tanda penuaan, mereka juga terdedah kepada kanser kulit.

3. Jangan anggap krim pelindung matahari ‘waterproof’ akan tahan sepanjang hari

Formula ini akan hilang selepas 30 minit atau bila anda berendam di dalam air atau selepas berpeluh berlebihan. Krim juga dengan mudah disapu apabila anda berada dalam keadaan tuala-kering selepas berenang.

4. Jangan panik jika kulit anda terbakar/sunburn

Jika kulit anda terbakar, jangan cepat panik kerana ianya boleh dirawat dengan mudah, cuba aplikasikan krim pelindung matahari sebagai contoh Mentholatum Sunplay After Sun Gel.

5. Hindari waktu puncak -matahari tengah pacak atas kepala

Hindari berada di luar pada pukul 10.00 pagi hingga 4 petang. Jika pekerjaan anda mengharuskan anda untuk berada di bawah sinar matahari pada jam-jam tersebut, gunakan kacamata hitam dan topi untuk menjaga agar kulit wajahmu tidak terbakar dan terkena flek-flek hitam.

6. Pakai pakaian yang melindungi daripada sinaran matahari

Terdapat fabrik yang mampu memberikan perlindungan matahari.

7. Pakai krim pelindung matahari sebelum keluar rumah

Seeloknya, bersihkan wajah dan gunakan krim pelindung matahari (minimal SPF 30). Ulangi pemakaian setiap 30 minit-1 jam. Jangan lupa juga siapkan payung jika diperlukan. Kalau boleh elakkan membasuh muka dengan air dingin bila berada di bawah sinaran matahari. Biarkan wajah berada dalam suhu ruangan sebelum membersihkan wajah.

8. Minum air yang banyak

Perlindungan dari dalam sangat penting untuk menjaga keanjalan kulit. Pastikan kulit kamu sentiasa terhidrasi dengan baik dengan mengambil air sekurang-kurangnya 1 gelas setiap 30 minit. Kulit yang terhidrat lebih tahan terhadap kesan cahaya matahari berbanding kulit yang kering.

[ GAMBAR ] WANITA ‘PANGGANG’ KUCING PELIHARAAN DALAM KETUHAR



Seorang wanita berusia 23 tahun membunuh anak kucingnya dengan meletakkan ia di dalam ketuhar gelombang mikro mengaku bersalah menyeksa binatang.

Laura Cunliffe , 23, meletakkan kucingnya yang diberi nama Mowgli yang berumur 4 bulan di dalam ketuhar gelombang mikro selama lima minit hanya kerana kucing itu ‘menyerang’ ikan emas miliknya. Kucing itu kemudian dikeluarkan dari ketuhar dalam keadaan nyawa-nyawa ikan denganorgan dalamannya ‘masak’.

Menurut pendakwaraya , kucing itu tidak dapat bernafas dan mati kira-kira 90 minit kemudian. Peguam pembelaan wanita itu memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya mengalami kemurungan dan psikosis. Cunliffe akan dihukum pada 13 Mac depan.

18 TIPS UNTUK HIDUP LEBIH TENANG DAN BAHAGIA




1. Berdoa

Ada masalah atau sedang susah hati? Daripada anda layankan dan fikirkan perasaan tersebut, adalah lebih baik anda “mengadu” dengan Tuhan. Bukankah doa boleh memberi pengharapan dan menambah keyakinan seorang insan terhadap penciptanya.

2. Tidur dan rehat yang cukup

Tidur dan rehat yang cukup amat penting bagi kesihatan mental dan fizikal kita . Menurut satu web kesihatan, prestasi sewaktu anda berjaga bergantung kepada apa yang berlaku semasa anda tidur.

3. Bahagikan tugas

Sentiasa ingat bahawa anda yang seorang manusia biasa yang hanya punya dua kaki dan dua tangan, dan tidak mempunyai super power Jadi jangan paksa diri untuk lakukan semua perkara. Minta bantuan orang lain untuk ringankan beban anda. Contohnya, jika anda seorang bos, delegasikan tugas pejabat dengan baik kepada pekerja anda. Untuk suami isteri pula, kongsi tanggungjawab dalam membangunkan keluarga secara saksama.

4. Belanjakan wang ikut kemampuan

Antara faktor utama manusia tidak bahagia , tertekan dan sengsara dalam hidup adalah bebanan hutang.Bak kata pepatah, biar papa asal bergaya. Jadi rancang kewangan anda dengan baik dan berbelanjalah mengikut kemampuan. Jangan lupa diri setiap kali dapat gaji tapi akhirnya susah hati pada hujung bulan kerana kehabisan wang. Setkan keutamaan anda dan jadi bijak dalam membezakan antara kehendak dan keperluan.

5. Jaga bahasa dan pertuturan

Jangan kerana mulut badan binasa. Orang yang bermulut jahat dan suka memfitnah tentunya akan tidak disukai oleh masyarakat, termasuk rakan-rakan dan keluarga anda juga. Akibatnya semua orang di sekeliling akan mula menjauhkan diri daripada anda.

6. Amalkan pemakanan yang sihat

You are what you eat ! Pemakanan yang sihat akan mengurangkan risiko anda daripada menghidapi penyakit-penyakit berbahaya.

7. Jadi pengemas

Pastikan semua barang- barang anda tersusun. Jadi kehidupan seharian anda akan menjadi lebih teratur. Anda tentu tidak mahu terlewat pergi ke kerja kerana mencari kunci rumah yang berada…. ntah di mana… bukan?

8. Isi masa terluang dengan baik

Isi masa terluang anda dengan aktiviti yang berfaedah atau boleh menghiburkan anda. Misalnya jika anda menaiki pengangkutan awam, masa menunggu kadang-kadang boleh buat anda tertekan bukan? Isi masa tersebut dengan aktiviti yang relevan dan anda suka seperti mmbaca buku atau mendengar muzik.

9. Ambil masa untuk bersendiri

Menurut psychologytoday.com, bersendirian penting untuk membolehkan anda menenagkan fikiran, meningkatkan produktiviti dan konsentrasi, memberi peluang anda mencari diri sendiri, berfikir lebih dalam, meningkatkan kualiti dalam perhubungan dengan orang lain dan menyelesaikan masalah dengan lebih mendalam.

10. Bermain dengan kanak-kanak /bayi atau binatang peliharaan

Ini tips yang pernah penulis tonton daripada satu program Tv oleh pakar motivasi Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Menurut beliau, mendukung bayi adalah antara cara untuk menghilangkan stress.Kesan yang sama dapat dirasai dengan mendukung haiwan peliharaan seperti kucing.

11. Senyum dan ketawa

Senyum dari sudut saintifiknya akan merembeskan Endorphins yang akan membuatkan kita lebih tenang dan ceria. Menurut longevity.about.com, senyuman akan membuat seseorang menjadi lebih menarik, mengubah mood, menghilangkan stress,meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan tekanan darah dan membuatkan seseorang lebih awet muda.

12. Cintakan kerjaya anda

Kerjaya anda seolah-olah sebahagian daripada hidup anda. Kebanyakan masa anda dihabiskan untuk bekerja.Jika anda tidak sukakan atau tertekan dengan kerjaya anda, tentu sekali anda akan berasa tidak bahagia secara tidak langsung.

13. Berhenti bergosip tentang orang lain

Orang yang sibuk bercakap hal orang lain adalah orang yang suka bersangka buruk dan suka mencari kesalahan orang lain. Sebenarnya, secara tidak langsung, habit seperti ini membawa kesan negatif kepada diri anda sendiri juga.

14. Lupakan kenangan pahit

Past is past. Jangan biarkan diri anda terbelenggu dengan masa silam anda yang kurang enak. Pandang ke hadapan dan lupakan saja perkara itu. Anggaplah pengalaman pahit anda sebagai pengajaran dan pengalaman hidup yang mematangkan diri anda.

15. Bersyukur

Orang yang sentiasa punya rasa tidak puas hati dan iri hati dengan orang lain tidak akan bahagia. Belajarlah bersyukur dan menghargai apa yang anda ada. Cuba pandang nasib orang lain yang lebih teruk daripada anda dan berhenti bandingkan diri anda dengan orang lain.

16. Berfikiran positif

Pandang setiap perkara daripada sudut positif. Setiap perkara mesti ada pros dan consnya. Berhenti merungut dan bersangka buruk dengan orang lain.Buka hati dan minda anda seluasnya.

17. Anggap kehidupan sebagai proses pembelajaran

Apa sahaja yang anda lalui, itu merupakan satu perjalanan hidup. Guru terbaik adalah pengalaman hidup anda sendiri. Jadi jangan ada penyesalan dalam hidup anda sehingga membelenggu dan menghalang anda daripaa bergerak ke hadapan.

18. Jadi pemaaf

Life is too short to waste time hating. Belajar untuk memaafkan insan-insan yang pernah berbuat salah kepada anda. Sebelum tidur cuba untuk maafkan semua orang di sekeliling anda. Mungkin untuk sesetengah kes serius, anda mungkin memerlukan masa untuk berbuat demikian. Ambillah seberapa banyak masa pun namun jangan berhenti mencuba. Time heals everything.

9 TANDA ANDA SEORANG YANG MEMBOSANKAN




Bila tiba hujung minggu, kebiasaannya orang akan berfikir-fikir tempat mana ingin lepak atau habiskan masa bersama kawan mungkin juga keluarga. Tapi, anda langsung tidak menghiraukan hal itu malah anda rasa malas dan penat untuk bersiap. Ini antara tanda anda seorang yang membosankan.

1. Cuaca diluar yang panas terik, matahari betul-betul terpacak atas kepala

Siapa yang ingin keluar bila cuca sedang panas terik, rasa pedih mata, muka kemerahan dan macam-macam lagi. Daripada keluar, lebih baik duduk dalam rumah.

2. Anda malas untuk bersiap

Ada di antara kita yang malas untuk bersiap, pada mereka bersiap hanya memenatkan sahaja dengan memikirkan pakaian apa patut dipakai. Lebih-lebih bila anda berdiri depancloset dan mencari pakaian apa yang sesuai, malas sungguh rasanya. Malah, anda malas untuk mandi, memakai mekap.

3. Bila masalah fizikal dijadikan alasan untuk tidak ke mana-mana

Ya, ini biasa berlaku. Bila anda merasakan berat badan sudah bertambah, mulalah anda merasakan anda sudah tidak muat untuk memakai pakaian dalam closet.



4. Anda tiada pakaian untuk dipakai

Ini satu lagi perkara biasa malah menjadi alasan semua orang. Tiada pakaian untuk dipakai padahal dalam almari bertimbun baju baru belum buka price tag lagi yang terkurung di situ.



5. Anda datang bulan

Untuk kaum perempuan dan wanita, bila tibanya bendera merah memang semua orang jadi malas, moody, kiranya emosi tidak menentu. Anda hanya mahu baring di atas katil yang empuk sahaja.

6. Anda tidak mempunyai plan

Ingin keluar memerlukan plan, jadi itu masalah anda.



7. Bila anda lebih rela menghabiskan masa menonton drama atau filem kegemaran

Anda sanggup tidak keluar bilik atau rumah semata-mata habiskan masa menonton drama Korea yang mampu menceriakan hari anda. Tonton pelakon Korea lebih best daripada keluar.

8. Sofa anda merupakan tempat paling best

Baring di atas sofa yang empuk dengan memasang air conditioner, bukankah heaven.Lebih-lebih lagi jika ada comforter lembut bersama.

9. Anda rimas berada dalam keadaan ramai orang

Anda sukakan ketenangan jadi bila anda berada dalam keadaan ramai orang, anda jadi rimas dan tidak selesa.

Jika anda mempunyai salah satu sikap dalam senarai berikut maka anda memang jenis orang yang membosankan. Tak kisahlah asalkan tidak menyusahkan orang lain.

4 ALASAN KENAPA WANITA TIDAK MEMBALAS MESEJ




Pernahkah kaum lelaki terfikir kenapa si wanita tidak membalas mesej yang anda beri. Tidak suka ke?

1. Mereka dihujani dengan mesej yang sama

Di telefon bimbit, mereka ditanya soalan yang sama, bayangkan daftar masuk ke Facebook hanya untuk mendapati mesej yang belum dibaca dari segelintir lelaki yang bertanyakan hal peribadi seperti ‘jom keluar makan’, ‘kenapa diam saja’. Semuanya itu hanya membuatkan wanita malas untuk balas mesej.

2. Apabila wanita mendapati mereka boleh memiliki anda, maka mereka main tarik tali dengan anda

Jika seseorang wanita tahu dia boleh memiliki lelaki yang diingini maka dia mula untuk main tarik tali, dia mula bersikap acuh tak acuh. Mereka merasakan anda seorang yang sangat mudah, tiada cabaran langsung.

3. Wanita merasakan anda kaum lelaki tidak misteri, tiada daya penarik

Ada setengah wanita sukakan sikap misteri lelaki, mereka tidak sukakan lelaki yang sentiasa ingin mengongkong ataupun 24 jam berkepit dengan telefon pintar, wanita merasakan sangat rimas dengan lelaki sedemikian, mula tidak membalas mesej dan menjauhkan diri

4. Bila wanita sedang sibuk dengan kerja

Ini perkara biasa, bila seorang wanita sedang sibuk dengan karier yang sedang berkembang maka wanita tidak mahu diganggu dengan mesej ringan.

BAHAYA PENGGUNAAN IPAD/ TABLET KEPADA SI KECIL



Seiring dengan teknologi dan arus kemodenan sekarang, permainan untuk si kecil alaf ini juga sudah berbeza dengan sekarang. Antara yang menjadi trend ibu bapa celik IT adalah memberi gadget seperti ipad atau tablet untuk dijadikan mainan si kecil. Namun terfikirkah anda samaada gadget seperti ini sesuai atau tidak untuk tahap umur semuda dua tahun ke bawah.

Pediatrik dari Akademi Amerika berkata, anak kecil kanak-kanak di bawah dua tahun perlu mengelak daripada menghabiskan masa dengan melihat skrin. Meluangkan masa terlalu lama pada skrin sentuh (touchscreens) dibimbangi boleh memberi kesan jangka panjang.

Menurut para doktor dan ahli terapi, menghabiskan masa terlalu lama di hadapan skrin boleh merosakkan perkembangan badan mereka.

” Kanak-kanak sepatutnya melakukan aktiviti pembelajaran menggunakan pen dan kertas, namun, jika mereka terlampau kerap menggunakan iPad otot mereka akan kekal lemah” kata ahli terapi pekerjaan Lindsay Marzoli dari Learning and Therapy Corner.

Kanak-kanak juga berpotensi untuk mengalami masalah motor dan kekuatan otot.

Dr Timothy Doran, pakar kanak-kanak di Pusat Perubatan Greater Baltimore juga turut menyatakan kebimbangan terhadap penggunaan gadget ini tanpa pengawasan ibu bapa. Ahli terapi juga menasihati ibubapa supaya mengehadkan penggunaan iPad selama 15 minit sahaja dalam satu masa.

Pakar Pakar Bedah Tulang Belakang Kanak-Kanak di Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Mohammad Nawar Ariffin memberitahu Kosmo Online bahawa, sebahagian otak diperuntukkan kepada fungsi tangan dan menggunakan skrin sesentuh menyebabkan tidak banyak pergerakan yang berlaku kerana mereka menggunakan satu jari sahaja. Disebabkan itu, penyelidik berpendapat otak kanak-kanak tidak dirangsang.

Dr. Mohammad Nawar Ariffin turut menambah yang kebanyakan ibu bapa juga sebenarnya lebih gemar memberikan iPad kepada anak mereka untuk mendiamkan kanak-kanak tersebut. Tindakan tersebut dilihat kurang wajar dan ibu bapa sepatutnya memperuntukkan masa kepada anak-anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain bersama dan bukannya menyogok mereka dengan gajet terkini.

4 MINUMAN MAMPU MELANGSINGKAN TUBUH BADAN



Tahukah anda masalah obesiti menjadi salah satu masalah penduduk Malaysia pada hari ini. Obesiti bukan hanya mengundang penyakit tetapi juga boleh menurunkan rasa keyakinan diri seseorang. Malah, terdapat banyak pil pelangsing dijual di laman sosial mahupun dilihat di papan iklan. Tetapi tidak semua mendatangkan hasil kalau pemakanan kita masih tidak dikawal dengan betul. Bolehkah minuman membantu kita untuk melangsingkan tubuh badan?

1. Kopi Hitam

Tahukah anda bahawa secawan kopi hitam di awal pagi atau segelas kopi ais di waktu tengah hari sebenarnya membantu dalam menurunkan berat badan. Bagaimana? Ia berfungsi dalam merangsang kafein yang boleh mengawal nafsu makan. Malah ia juga mampu memanaskan tubuh badan kita dan meningkatkan metabolisme dalam badan. Cuma, kurangkan gula dalam kopi atau gunakan susu skim.

2. Air

Wanista pernah menulis artikel berkaitan keberkasanan air malah rutin minum air suam mampu turunkan berat badan. Ia bukan sahaja membuang toksin dalam badan, malah ia sangat berkesan dalam membantu untuk menurunkan berat badan yang berlebihan. Anda juga boleh menambah rasa seperti meletakkan sehiris buah lemon, limau nipis, timun juga boleh ataupun tomato kerana sayuran ini memberi banyak manfaat.

3. Jus Sayuran

Tidak kisahlah jus yang siap di beli dalam tin, botol atau pun buatan sendiri, jus sayuran seperti jus bayam adalah salah satu cara yang berkesan untuk memberi serat dan nutrien dalam badan kita untuk membantu tubuh badan kita menurunkan berat badan. Pengambilan sayuran dan buah-buahan membuatkan kita kenyang lebih lama.

4. Teh Hijau

Teh Hijau terbukti berkesan membantu dalam pelangsingan tubuh. Ia juga membantu meningkatkan metabolisme. Cuba amalkan meminum teh hijau tidak kira sejuk atau pun panas. Teh hitam dan oolong kerana kedua-duanya mengandungi anti-oksidan yang boleh menyingkirkan toksin dalam badan.

10 TANAH TINGGI TERBAIK DI MALAYSIA UNTUK PERCUTIAN ANDA

Kawasan tanah tinggi adalah destinasi yang tepat dan sesuai untuk mereka yang ingin melarikan diri sebentar dari cuaca terik panas. Suasana dingin , nyaman dan menenangkan tentu mampu menghilangkan tekanan anda, ditambah pula dengan suasana hijau saujana mata memandang. Selain itu ,pusat peranginan seperti ini juga sesuai untuk mereka yang meminati aktiviti pendakian dan berkhemahan selain sesuai dijadikan destinasi bersantai seisi keluarga.


1. Cameron Highland

”Little England” Malaysia ini adalah pusat peranginan tanah tinggi terbesar di Malaysia. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah lawatan ke taman rama-rama, ladang strawberi, ladang lebah madu dan ladang teh yang luas, Anda juga boleh menikmati makan malam di tempat penginapan ala Tudor.


2. Bukit Tinggi

Tiga tarikan utama di sini adalah Colmar Tropicale yang dibina berdasarkan seni bina bangunan di Colmar, Perancis, Japanese Tea House & Botanical Garden dan Animal Park.


3. Bukit Fraser

Menawarkan aktiviti rekreasi seperti , Allan’s Water di mana pengunjung boleh mendayung bot merentasi tasik keruh, sementara Paddock pula menawarkan aktiviti menunggang kuda dan memanah. Air Terjun Jeriau juga antara yang menjadi tarikan di sini.


4. Bukit Larut

Terletak di Taiping , Perak lokasi ini juga dikenali sebagai Bukit Maxwell,bersempena nama penolong Residen British Pertama di Perak dari British pada tahun 1884, William Edward Maxwell. Untuk yang meminati aktiviti lasak, anda boleh melakukan aktiviti jungle tracking di sini sambil menikmati kehijauan alam.


5. Bukit Bendera

Bukit Bendera terletak di Ayer Itam, Pulau Pinang, Malaysia. Bukit ini terletak kira-kira 6km dari pusat bandar Georgetown.Berketinggian 830 meter danbersuhu lebih sejuk berbanding bandar di bawahnya. Ia dikatakan lebih kurang 3 darjah lebih sejuk berbanding tempat-tempat yang berhampiran dengan pantai.


6. Kundansang

Kundasang War Memorial adalah tarikan yang selalu disebut-sebut di sini. Terletak kira-kira 6 kilometer dari Taman Negara Kinabalu, 12 kilometer dari pekan Ranau dan terkenal dengan pasar sayur-sayuran yang dibuka dibuka tujuh hari seminggu.


7. Gunung Ledang

Bagi yang meminati aktiviti lasak, gunung ini sesuai untuk anda menjalani pelbagai aktiviti luar dengan laluan gunung yang mencabar , air terjun berais, dan flora dan fauna eksotik, termasuk pelbagai spesies burung. Puncak gunung ini beradapada 1,276 m di atas paras laut, anda juga berpeuang melihat pemandangan panorama Selat Melaka dan juga pantai Sumatera pada hari yang cerah. Juga, Air Terjun Sagil adalah tempat perkelahan yang popular di kaki gunung itu.


8. Gunung Kinabalu


Mempunyai ketinggian 13,435 kaki , Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan kemuncak tertinggi ketiga di Asia Tenggara. Mendaki gunung ini juga adalah satu aktiviti yang mencabar dan memerlukan latihan mental dan fizikal yang rapi.

9. Broga Hill/ Bukit Lalang

Broga Hill terletak di Broga, Semenyih iaitu kira-kira 45 minit dari Kuala Lumpur.Kebanyakan pengunjung lebih suka sama datang waktu pagi atau petang untuk mengelakkan matahari panas dan juga menikmati pemandangan terbaik Broga Hill.


10. Gunung Jerai 

Dengan suhu di antara 19 hingga 24 darjah celcius, ia adalah kawasan tarikan pelancong terutama mereka yang ingin bersantai dan menikmati udara daripada kawasan tanah tinggi. Kedudukan Gunung Jerai yang berhampiran dengan laut menyediakan kawasan pemandangan tanah tinggi yang mempesonakan. Lebih menarik, dari puncak gunung, anda boleh melihat sawah padi yang terbentang luas. Ketika musim menuai, hamparan itu seperti permaidani emas.

** Destinasi yang disenaraikan adalah pendapat peribadi penulis

YANA SAMSUDIN MENGAKU LAKUKAN PEMBEDAHAN MANCUNGKAN HIDUNG?



Sebelum ini banyak tersebar berita pelakon Yana Samsudin dikatakan melakukan sesuatu pada wajahnya, dia dilihat makin cantik malah hidung Yana dikatakan berbeza dengan sebelum. Walaubagaimanapun, Yana menafikan semua itu dan mengatakan perubahan wajahnya itu disebabkan oleh teknik solekan yang digunakan. Penulis juga merasakan kelainan pada wajah pelakon ini.

Namun yang terbaru, dipetik daripada myartis, “Bila ditanya secara jujur apakah benar dia ada melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidungnya, Yana akhirnya mengangguk. Namun pinta Yana, dia berharap agar isu tersebut tidak dibangkitkan lagi selepas ini. Mungkin malu agaknya!”

Menurut Yana lagi, selain hidung, dia juga meratakan serta memutihkan gigi. Bila buat gigi, Yana harus jaga pemakanan dan sekaligus menyebabkan penurunan berat badan mendadak. Beratnya daripada 59 kilogram ke 53 kilogram selepas rawatan tersebut.



20 TIPS UNTUK IBU BAPA YANG TERBANG BERSAMA BAYI/ANAK KECIL



Bagi ibubapa yang pernah menaiki kapal terbang bersama bayi dan anak kecil, pasti adakalanya berlaku kejadian yang tidak dijangka dan mungkin menyebabkan penumpang lain turut terkesan. Mungkin beberapa tips daripada ibubapa lain di bawah boleh digunakan semasa menaiki pesawat dan memudahkan anda.

1. Sebelum penerbangan berlepas dan mendarat, ibu bapa disarankan supayamemberikan anak minum susu ( menyusu badan ataupun dari botol ) terlebih dahulu untuk mengelakkan masalah tekanan terutamanya pada telinga anak. ( Tips dari Syap Pika )

2. Jika masa penerbangan anda lama, anda boleh membawa sekali permainan anak anda supaya anak anda tidak cepat bosan. ( Tips dari Puan Ameera )

3. Jika bayi anda masih menyusu badan, anda boleh memeluk bayi anda semasa dia menyusu kerana itu membolehkan bayi anda tidur dan berasa selesa. ( Tips dari Puan Norhazwani )

4. Cuba daftar masuk penerbangan dengan lebih awal supaya tidak kelam kabut. Kemudian semasa kapal terbang hendak mendarat, beri anak anda hisap pacifier supaya telinga mereka tidak berdengung ( kerana tekanan ) dan sudah tentu pramugari boleh membantu anda jika ada apa-apa masalah. ( Tips dari Sha Shahira Rosli )

5. Bawa selimut lebih untuk anak-anak anda dan gunakan baby carrier ( Ergo, Boba ) untuk memudahkan anda mengangkat barang yang lain dan menyelesaikan hal sebelum berlepas ( pas masuk dan sebagainya ). ( Tips dari Puan Nurul Haizum )

6. Jika bayi anda boleh makan makanan pepejal/lembut, jangan lupa bawa makanan bayi dari botol yang boleh dibeli di pasaraya. Bawa juga kudapan untuk anak-anak anda atau beli sahaja semasa berada di dalam penerbangan. ( Tips dari Puan Nurul Haizum

7. Bawa pakaian lebih untuk anak-anak anda dan juga baby wipes/tuala kecil. ( Tips dari Puan Nurul Haizum )



Sumber gambar : www.airliners.net

8. Dapatkan tempat duduk yang mempunyai ruang baby bassinet. ( Tips dari Puan Nurul Haizum )

9. Penggunaan gajet pada masa kini memudahkan ibu bapa bersama anak semasa di dalam penerbangan. Muat turun aplikasi menarik ataupun video hiburan yang sesuai supaya anak anda tidak bosan. Tetapi anda perlu pastikan ia tidak mengganggu penumpang lain ( elakkan bising ) ( Tips dari Puan Nurul Haizum )

10. Sekali sekala bawa bayi/ anak anda berjalan di dalam penerbangan ( pastikan isyarat duduk dipadamkan terlebih dahulu ) supaya anak anda lebih segar dan tidak penat.

11. Anda juga boleh memilih masa penerbangan sama dengan masa bayi dan anak-anak anda tidur. ( Encik Faiz Azizi ) Penerbangan malam baik untuk perjalanan jarak jauh. Cari penerbangan yang tidak akan mengganggu rutin bayi anda.

12. Jika anda menaiki kapal terbang dengan bayi, pastinya bedung merupakan salah satu tips terbaik untuk memastikan bayi anda selesa di dalam perjalanan ( Puan Nor Zill )

13. Jika ibu terbang bersama bayi tanpa kehadiran suami, anda boleh meminta bantuan pramugari/pramugara untuk membantu anda membawa bagasi, daftar masuk dan menaiki perkhidmatan buggy.

14. Elakkan membawa barang berharga ataupun simpan barang berharga di tempat selamat jika anda terbang bersama anak kecil. Ini supaya anda tidak leka dan tertinggal barang apabila sibuk menguruskan anak di dalam penerbangan.

15. Jika anda mampu, anda boleh membeli atau memilih tempat duduk yang mempunyai ruang kaki tambahan supaya anak-anak anda lebih selesa. Penerbangan masa kini memberikan anda pilihan tempat duduk yang lebih selesa untuk mereka yang sudah berkeluarga. Bagi anda yang tidak tahu, kanak-kanak dibenarkan untuk duduk di atas riba ibubapa sehingga mereka berusia dua tahun. Tetapi anda disarankan untuk menempah tempat duduk buat anak anda jika mereka berusia 2 tahun ke atas jika penerbangan itu mengambil masa yang lama. Dengan cara itu mereka boleh duduk di tempat duduk mereka sendiri, bermain dengan permainan mereka, dan jika anda bernasib baik, mereka boleh tidur sebentar dengan selesa.

16. Selalu periksa lampin bayi dan tukar jika tiba masa di ruang penukaran lampin. Kapal terbang terkini mempunyai ruang khas untuk ibu bapa menguruskan anak-anak. Jangan biarkan anak anda tidak selesa.

17. Jika penerbangan tidak penuh, minta jasa baik pramugari/pramugara menukar tempat duduk anda ke tempat yang lebih luas ataupun yang kosong. Ada penerbangan yang membenarkan penumpang menukar tempat duduk suka sama suka atau dengan kebenaran krew kabin.

18. Bagi yang tidak mempunyai anak pula, cuba untuk memahami situasi yang tidak dijangka ibubapa yang mempunyai anak kecil. ( Puan Ida Haryani )

19. Maaf. Mungkin ada penumpang yang memahami situasi ibubapa yang mengembara bersama anak kecil, tetapi ibu bapa juga harus ringan mulut untuk meminta maaf pada penumpang lain jika itu membuatkan mereka tidak selesa. Kadang-kadang sikap acuh tak acuh dan expect semua orang fahami situasi mereka mungkin menyebabkan ada yang kena ‘jeling’. Pokoknya belajar bertoleransi.

20.Pilih syarikat penerbangan dan lapangan terbang yang mesra kanak-kanak. Anda boleh mempunyai pengalaman yang baik, atau tidak baik, di mana-mana syarikat penerbangan. Ia bergantung kepada bagaimana anak kapal mengendalikan penerbangan ataupun elakkan terbang di waktu puncak. Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang mempunyai reputasi yang baik secara keseluruhan dan yang paling mesra kanak-kanak dan kebanyakkannya adalah syarikat penerbangan Asia. Banyak lapangan terbang menyediakan kemudahan permainan untuk kanak-kanak dan ruang menukar lampin dan menguruskan anak kecil serta bayi.

SISTEM SPEAKER UNTUK TELEFON PINTAR YANG DIPERBUAT DARIPADA KADBOD (11 GAMBAR)

Dunia sudah semakin moden dan boleh dikatakan radio yang dahulunya sering kita lihat sudah semakin pupus. In fact di rumah kami radiopun tak ada. Buat apa beli radio kalau telefon pintar yang kecil boleh menggantikan radio yang besar. Tetapi sekiranya anda mahukan oldskool feel dan memiliki boombox seperti zaman anda masih muda (Well in our case we did grew up in the 80's so this is applicable to our old ass), anda boleh beliBerlin Boombox. Ianya sistem speaker peranti pintar yang kelihatan seperti sebuah radio lama tetapi diperbuat daripada kadbod. Anda boleh menikmati muzik seperti zaman masih tiada pubis dan adult problems tanpa perlu mematahkan tulang belakang mengangkat radio gergasi yang berat. Berlin Boombox boleh dibeli pada harga Euro 65 (RM293) sebuah. Harga yang agak mahal.





BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL : TERSELAMAT WALAUPUN KERETA DITIMBUNI LAUTAN SIMEN (9 GAMBAR)

Yin Min Tai (35) terselamat dari mati lemas ditimpa simen walaupun terperangkap lebih 40 minit selepas kereta dipandu beliau dilanggar sebuah lori simen. Kejadian berlaku di Fuzhou,China. Media melaporkan Yin Min Tau cuba melakukan pusingan U disebuah simpang tetapi digilis lori simen. Muatan simen lori tersebut melimpah keluar dan menimbus pemandu malang ini. Selepas 40 minit terperangkap beliau berjaya di bawa keluar dan hanya mengalami kecederaan kecil. Berpantang maut sebelum ajal! Kalau terlambat pastinya beliau akan menjadi seperti mangsa ledakan Versuvius di Pompeii. Yang menarik di sini ialah di China lori biasa digunakan untuk membawa simen. Sungguh COWBOY sekali!





MOTOSIKAL ELEKTRIK BERKUASA TINGGI (15 GAMBAR)

Lito Sora (Langit) ialah sebuah motosikal elektrik berkuasa tinggi. Ini ialah sesuatu yang jarang kita kaitkan dengan motosikal elektrik. Motosikal buatan Kanada ini mampu memecut sehingga 190 kilometer sejam dengan jarak perjalanan maksimum sekitar 200 kilometer. Motosikal ini bakal memasuki pasaran dengan harga jualan CND 45 000 (RM 137400) sebuah. Sora dibina menggunakan kasis aluminium dan gentian kaca. Ia turut dilengkapi dengan sistem paparan GPS yang terbina pada bahagian "tangki minyak". Cool design!