Menurut Fizo, penglibatan dalam bidang penyiaran secara tidak langsung akan membantu mempromosikan lagi peniagaan tudung yang diusahakan isterinya iaitu jenama Fareeda. Malah Mawar kini sedang mengambil kelas untuk mempelajari bidang pengacaan secara profesional.
“Kami ditawarkan jadi pengacara selepas berkahwin untuk sebuah program kesihatan berjudul Cergas Jelita di RTM yang akan bersiaran tidak lama lagi.
“Saya menggalakkan dia menceburi bidang ini kerana ia satu bonus untuk dia mempromosikan perniagaan tudungnya. Dia juga ada mendapat beberapa tawaran pengacara di sebuah stesen televisyen.
“Kalau jadi pengacara sahaja saya galakkan kerana ada kepentingan tetapi berlakon mungkin tidak.
“Mawar sendiri sibuk dengan perniagaannya dan tidak mempunyai masa untuk berlakon. Dia setuju untuk jadi pengacara pun kerana dipujuk,” katanya.
0 comments:
Post a Comment