Jonti Roos, seorang pelancong warganegara Afrika Selatan mendedahkan beliau dan rakannya, Jaan Maree telah dipelawa masuk ke dalam kokpit oleh pembantu Juruterbang MH370, Fariq Abdul Hamid di dalam satu penerbangan dari Phuket ke Kuala Lumpur.

"Kami berbaris di pintu perlepasan, seperti penumpang yang lain. Juruterbang dan pembantu juruterbang berjalan melintasi kami. Kemudian mereka datang semula dan mempelawa sekiranya kami ingin duduk dengan mereka di dalam kokpit semasa penerbangan. Kami langsung katakan 'ya',"kata Roos. "Saya fikir sesiapa pun akan mengambil peluang ini."



Roos juga mendakwa selain mengambil gambar, juruterbang dan pembantu juruterbang turut merokok dalam penerbangan itu, yang mana dalam fikirannya telah melanggar peraturan Malaysia Airlines.

"Sepanjang penerbangan mereka bersembang dengan kami, mereka sebenarnya merokok dalam penerbangan itu dan saya tidak fikir mereka dibenarkan untuk berbuat demikian. Mereka mengambil gambar dengan kami dalam kokpit semasa dalam penerbangan. Saya benar-benar terkejut."



"Kami berharap mereka akan berhenti merokok kerana ia adalah ruang yang terhad. Tetapi anda tidak boleh memberitahu juruterbang untuk berhenti merokok. "

Namun, Roos turut mengatakan mereka sungguh peramah dan menganggap kedua-duanya sangat cekap ketika menjalankan tugas mereka.

Roos turut mengatakan mereka mengajak dia rakannya keluar sekiranya boleh menetap beberapa hari di Kuala Lumpur.

Pendedahan wanita ini pasti akan membuka dimensi baru dalam siasatan misteri kehilangan pesawat MH370 yang telah masuk hari ke 4 operasi mencari dan menyelamat.

0 comments:

Post a Comment