Di Houston Texas seorang bapa kini ditahan dan menjadi suspek utama kes pembunuhan melibatkan dua individu yang mayatkany ditemui di dalam sebuah tong sampah. James Larry Cosby (46) dipercayai membunuh anak beliau Britney Cosby dan pasangan beliau Crystal Jackson kedua-duanya berumur 24 tahun. Mayat pasangan lesbian ini ditemui di dalam sebuah tong sampah hujung minggu lalu. James Larry Cosby menjadi suspek utama setelah ibu kepada Britney memberitahu polis James kerap kali mengatakan beliau tidak suka dengan hubugan sejenis anak mereka. Polis menemui bukti bahawa pembunuhan dilakukan di rumah James Larry. Beliau kini ditahan di penjara dan USD 500 000 dikenakan bagi mengikat jamin beliau sebelum kes dibicarakan di mahkamah. Britney ditemui dengan kesan hentakan pada kepala manakala Crystal Jackson mati akibat ditembak di kepala.



0 comments:

Post a Comment