Dalam sidang media semalam, Ketua Pengarah DCA berkata pihak berkuasa sedang menyiasat kes dua penumpang pesawat MH370 menggunakan pasport curi mungkin terlibat dalam sindiket pasport curi.




Seorang ahli perniagaan warganegara Iran yang dikenali sebagai Kazem Ali dipercayai telah menempah tiket untuk kedua-dua penumpang yang menggunakan pasport curi berkenaan pada 1 Mac dan 6 Mac melalui dua agensi pelancongan tempatan di Pattaya.

Ejen pelancongan di resort Pattaya memberitahu, lelaki yang dikenali sebagai Mr. Ali itu telah memintanya menempah tiket untuk kedua-dua lelaki misteri itu pada 1 Mac.

Namun tempahan yang dibuat itu telah tamat tempoh dan Mr. Ali sekali lagi memintanya menempah tiket baru pada 6 Mac.

Oleh kerana tempahan dan bayaran secara tunai dibuat oleh Mr. Ali itu tidak mendatangkan apa-apa kecurigaan pada ejen pelancongan itu. Tambahnya lagi, Mr. Ali sudah biasa membuat tempahan tiket dengannya.

Pattaya terkenal dengan aktiviti #pelacuran dan juga menjadi tempat pertemuan utama bagi pengganas-pengganas merancang keganasan

0 comments:

Post a Comment