Sejak kehilangan pesawat MH370, kita dihidangkan dengan pelbagai ulasan dan pendapat daripada pakar penerbangan dari negara barat. Namun kita tidak pernah menerima pendapat daripada juruterbang pakar kita sendiri.


Melalui inisiatif TV3, membawa seorang pakar penerbangan negara, Kapten Norudin Abd Majid yang juga merupakan ketua bahagian pesawat 777 sewaktu berkhidmat di MAS untuk ditemuramah secara langsung.

Sekiranya anda telah melihat temuramah beliau, saya yakin kita semua pasti terkejut dengan jawapan diluar jangkaan saintifik yang Kapten Norudin berikan.

Ketika diminta memberikan pendapat beliau mengenai kehilangan MH370 dari titik akhir radar, ini jawapan pertama beliau:

"HILANG! Full Stop!"

"Kita orang beriman, Allah Taala menentukan segala-gala, dunia ini kepunyaan pencipta" Tambahnya lagi.
Penemuramah yang kehairanan menimbulkan pertanyaan lain.

"Kata Kapten sekarang, yang berpengalaman membawa pesawat boeing itu, pesawat itu hilang?"

"HILANG! 100% hilang!"

Dan apabila ditanya bagaimana pula cara untuk mencarinya, respon beliau:

"Allah S.W.T memberi kita segala cara dan kunci untuk menemui apa saja. Kita mestilah menggunakan kelebihan, pengetahuan kepakaran dan orang-orang tertentu untuk mencari pesawat ini"
Siapakah orang-orang tertentu itu? ini jawapan luar jangka beliau:

"Doa daripada orang-orang soleh yang dekat dengan Allah S.W.T dan juga keluarga sebab dia sedang beremosi dan Allah Taala lihat ketika itu"

"Cara terbaik(Doa orang soleh & keluarga) kita perlu lakukan dan InsyaAllah... Akan ditemui... akan ditemui...."

“ Ia adalah antara sains dan pencipta sains..” tambahnya lagi

Jika kita boleh menerima pendapat pakar barat, kenapa tidak kita ikuti saranan dari pihak kita sendiri?... Oleh itu, kepada seluruh rakyat Malaysia, teruskanlah berdoa kerana doa anda amat diperlukan untuk menemukan pesawat MH370. #prayformh370

0 comments:

Post a Comment