"Kemungkinan Besar" pesawat MH370 di Lautan Hindi - Pegawai Kanan AS
"Satu kemungkinan besar" pesawat MH370 berada di bawah Lautan Hindi, menurut seorang pegawai kanan AS memberitahu pemberita CNN, Barbar Starr semalam, memetik maklumat yang dikongsikan oleh Malaysia kepada Amerika Syarikat.
Penganalisis daripada perisikan AS, Pentadbiran Penerbangan Perseketuaan(FAA) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional(NTSB) telah membuat kesimpulan "ping" yang dihantar ke Satelit selepas sejam pesawat itu menghantar isyarat transponder terakhir ke menara kawalan berkemungkinan datangnya dari pesawat MH370 yang hilang, kata pegawai tersebut.
Satelit menerima gelombang elektronik daripada pesawat Malaysia Airlines MH370 selepas hilang pada Sabtu namun isyarat itu tidak memberi maklumat ke mana hala tuju pesawat, menurut dua sumber penyiasatan semalam.
Namun isyarat 'ping' menunjukkan sistem penyelenggaraan dihidupkan dan bersedia untuk berkomunikasi dengan satelit menunjukkan pesawat dengan 239 penumpang itu masih boleh berkomunikasi selepas gagal dihubungi menara kawalan.
Sistem menghantar ping sekali dalam masa sejam, menurut sumber yang mendengar isyarat sedemikian lima atau enam kali.
Namun, ping sahaja tidak menjadi bukti pesawat itu berada di udara, menurut sumber.
Pencarian antarabangsa menjejaki pesawat itu yang meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Beijing sekurang-kurangnya melibatkan 12 negara.
Kapal dan pesawat kini digerakkan menuju ke Teluk Thailand, Laut Andaman dan perairan di sekitar Malaysia.
Amerika Syarikat menghantar kapal dan pesawat berkata kawasan pencarian akan diluaskan kepada Lautan Hindi selaras dengan teori pesawat itu menuju ke barat sejam selepas berlepas dari Malaysia.
Sokongan Berterusan Terhadap Pihak Berkuasa
Mary Schiavo , bekas Jeneral Inspektor bagi Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat , berkata walaupun mana-mana maklumat terkini tidak dapat disahkan kebenarannya , pihak berkuasa Malaysia tidak mempunyai pilihan tetapi untuk mencari pesawat itu.
"Saya fikir apabila terdapat maklumat, tepat atau tidak, kita perlu memberikan respons ," katanya. "Kita tidak ada cara lain untuk tidak mengikuti petunjuk itu. Ia tidak berperikemanusian. Dan ia mungkin akan menjadi petunjuk yang kita perlukan... Tidak banyak, namun saya fikir kita perlu lakukannya"
Sumber CNN/MalaysianDigest
0 comments:
Post a Comment