Hujung minggu lalu pesawat Boeing PA8 Poseidon tiba di Subang bagi operasi mencari dan menyelamat MH370. Kami tak pernah melihat pesawat ini dan kami baru sedari ia hanya memasuki inventori tentera laut Amerika Syarikat November tahun lalu. Ianya pesawat yang paling canggih dalam keseluruhan operasi mencari MH370 yang kini masuk hari ke 10.
Apa yang kami rasakan menarik ialah P8A Poseidon pada asalnya ialah sebuah pesawat penumpang Boeing 737-800 yang kini mempunyai kemampuan membawa senjata. Ia mampu melancarkan torpedo MK54 dan misil udara ke daratan Harpoon. Senjata-senjata ini boleh dibawah di bawah sayap dan juga di dalam tempat simpnan senjata di bahagian belakang Poseidon.
Untuk misi di Malaysia kami perasan pylon senjata pada bawah sayap tidak dipasang. Memang sekali pandang nampak macam pesawat penumpang biasa dengan beberapa bonjolan pada bahagian ekor untuk sistem elektronik. Ia juga mampu melakukan pengisian minyak di atas udara. Poseidon akan menggantikan Lockheed P3 -Orionyang menggunakan enjin turboprop. Kami yakin insiden MH370 ini digunakan oleh Poseidon bukan sahaja untuk mencari pesawat yang hilang tetapi melakukan intipan terhadap sistem senjata beberapa kapal perang China yang turut serta di dalam misi pencarian. Ini namanya sambil menyelam minum air versi espionage ketenteraan.
Sungguhpun begitu kita berterima kasih juga kepada Amerika Syarikat kerana menggunakan pesawat SAR paling canggih sekarang untuk mencari MH370. Ulterior motive mereka kita tolak tepi sementara kerana pencarian pesawat MAS dan penumpangnya harus diutamakan. Inilah yang disebut oleh Dato Seri Najib apabila beliau mengatakan "And we have put our national security second to the search for the missing plane". Hanya sejarah akan menghakimi tindakan Malaysia ini sebagai perlu ataupun hanya membuka lubang kepada kuasa luar untuk menjengok kelemahan sistem pengawasa negara yang kini nyata rompong.Apapun terjadi mari mengharapkan yang terbaik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment