Sadis dan menyedihkan.. Menakutkan bagi awek kat luar sana.. Kerja dah best sebagai pegawai khidmat pelanggan bank..

Awek gadis luar sana, Jangan cepat terpengaruh dengan pakwe.. Pakwe jer pun. Bukan suami ko.


“Kepala anak saya berdarah dan ada kesan lekuk dengan saiz sebesar syiling 10 sen di dahi manakala bibirnya pula terkoyak dan lebam.”Kata seorang wanita yang kematian anak perempuannya dipercayai akibat dipukul di sebuah apartmen di Bandar Sunway, malam kelmarin.

Maimunah Abdullah, 49, berkata anaknya Pakizah Raja Khan, 27, disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya, lima jam selepas menerima rawatan.

Maimunah berkata, sebelum itu anaknya yang bekerja di bahagian khidmat pelanggan sebuah bank pergi ke rumah teman lelakinya di apartmen berkenaan.

“Dia menjalin hubungan dengan teman lelakinya setahun lalu dan saya juga mengenali lelaki itu. Anak saya juga selalu ke rumah lelaki itu,” katanya, semalam.

0 comments:

Post a Comment