BERKSHIRE, Britain - Seorang wanita berketurunan Sikh, sering dibuli dan diejek di sekolahnya kerana wajahnya yang berjanggut.

Harnaam Kaur, 23, digelar 'wanita lelaki', si jambang, si pondan kerana dia berpakaian seperti lelaki untuk menutup bulu pada dada dan tangannya.

Kaur selalu berkurung di dalam bilik dan berasa tidak mahu hidup lagi kerana tidak tahan dengan ejekan orang ramai.

Kaur mula ditumbuhi janggut ketika mula berusia 11 tahun disebabkan penyakit ganjil, sindrom ovari polisistik. Dia kerap bercukur dan menyapu krim pemutih untuk meredakan sindrom tersebut.

Namun, apabila memasuki usia 16 tahun, Kaur mula membiarkan janggut pada mukanya kerana agama Sikh tidak membenarkan penganutnya membuang rambut dan bulu badan.

“Saya tak akan lakukannya lagi kerana Tuhan sudah menciptakan saya sebegini. Saya rasa lebih feminin dan seksi sekarang. Saya cuba untuk mencintai diri saya dan tiada apa yang dapat menggoyahkan saya kini,” jelasnya.

Bagaimanapun, ia menimbulkan kebimbangan ibu-bapanya yang khuatir jika anak mereka tidak dapat berkahwin dan mendapat pekerjaan akibat sindrom itu.

Dengan keyakinan itu, Kaur yang kini seorang pembantu pengajar di sebuah sekolah tidak lagi teragak-agak untuk melakukan aktiviti yang biasa dilakukan oleh gadis lain seperti membeli-belah dan bersiar-siar. - DailyMail




Sebelum berbulu


Abangnya pendorong semangat untuk terus hidup



0 comments:

Post a Comment