Tahun 2014 dijangkakan menjadi tahun peranti pintar wearable. Pelbagai peranti pintar dihasilkan seperti jam pintar dan juga lampin pintar. Syarikat pengeluar senjata Armatix mengeluarkan iP1, sebuah pistol pintar dengan sisten kawalan jam pintar. Untuk menembak pemakai perlu mempunyai sebuah jam pintar yang akan mengesan identiti pemakai dengan pistol yang dipegang. Sekiranya ianya tidak sepadan pistol tidak boleh ditembak. Pistol juga tidak boleh ditembak sekiranya jarak diantara pistol dan jam dipakai melebihi had yang ditetapkan. Armatix berharap ini dapat mengurangkan kes kecurian pistol atau pemilik ditembak senjata sendiri sekiranya berlaku pergelutan. Sistem ini mengingatkan kami kepada pistol yang digunakan James Bond di dalam filem Skyfall. Sekali lagi fantasi menjadi realiti.



0 comments:

Post a Comment