Aktres cantik jelita, Erra Fazira sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah sebentar tadi.

Hakim Syariem Mohammad Adib Husain telah mengesahkan lafaz dibuat oleh Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.

Ini merupakan penceraian kali kedua Erra Fazira kerana pernah bercerai dengan Yusri Abdul Halim pada 2006 kemudian berkahwin dengan Engku Emran pada tahun 2007. Perkahwinan Erra dan Engku Emran telah dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia 5 tahun iaitu Engku Aleesya.

0 comments:

Post a Comment