Kenapa bukan lagi Galaxy Gear? Ini adalah kerana jam pintar ini tidak lagi menggunakan sistem operasi Android tetapi menggunakan Tizen. Terdapat dua versi Gear 2 yang bakal menemui pengguna ialaitu Gear 2 dan Gear 2 Neo. Perbezaan yang ketara ialah Neo tidak dilengkapi kamera sebesar 2 megapizel pada tubuh jam. Ini sebuah lagi perbezaan yang ketara Gear 2 berbanding "abangnya" yang keluar tahun lalu. Kamera pada tali jam dipindahkan ke bahagian atas tubuh jam. Pada Gear 2 Neo sebuah pemancar infra merah terbina diletakkan yang membolehkan ia menjadi sebuah pengawal jarak jauh televisyen.
Dari segi spesifikasi Gear 2 dan Gear 2 Neo dilengkapi pemproses 1 GHz dua teras, 512 Megabyte RAM, muatan dalaman 4 GB dan skrin sebesar 1.69 inci. Buat masa ini Gear 2 hanya compatible dengan peranti Samsung Galaxy. Jika anda ada peranti Android lain lupakan niat anda untuk memilikinya dan belilah Pebble Smartwatch instead!
Samsung Gear 2 dan Gear 2 Neo akan mula dijual April hadapan.


0 comments:
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.