KUALA LUMPUR: Ramai beranggapan perbuatan Ibrahim Mat Zin yang mendakwa dirinya sebagai Raja Bomoh dalam membantu mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 adalah amat melucukan.

Selain dianggap memalukan negara, perbuatan Raja Bomoh itu mula diajuk orang ramai.

Ibrahim mendakwa dalam tilikannya, pesawat MH370 yang hilang tergantung di atas paras Laut China Selatan berhampiran Vietnam.


Parodi twitter Raja Bomoh itu juga telah diwujudkan.

Malah, portal antarabangsa Huffington Post turut mengulas mengenai tindakannya yang mencuri tumpuan ditengah-tengah usaha mencari pesawat yang hilang.

Nampaknya Raja Bomoh sudah jadi Raja Lawak.


Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyelar usaha pihak-pihak yang mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha pencarian pesawat MH370 kerana ia adalah jelas bertentangan dengan ajaran Islam.


Dalam kenyataan bertulis oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, beliau memaklumkan dalam satu mesyuarat panel Kajian Akidah JAKIM pada 22 hingga 23 Nov 2004 memutuskan rawatan perbomohan Ibrahim adalah bercanggah dengan akidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik.


“Jika dilihat dari sudut alat yang digunakan Ibrahim menggambarkan bahawa ‘raja bomoh’ tersebut menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam” katanya dalam satu kenyataan.

JAKIM turut berpesan agar umat Islam harus meyakini Allah SWT adalah sebaik-baik tempat bergantung dan bertawakal.

Dalam pada itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata mereka tidak teragak-agak untuk menahan mereka yang mengamalkan amalan ritual yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Menurut laporan The Star, Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Daerah Sepang, Zaifullah Jaafar Shidek berkata bahawa perbuatan yang bertentangan dengan prinsip syariah dan fatwa akan diminta untuk bersurai dan jika enggan, JAIS tidak teragak-agak untuk melakukan penangkapan

0 comments:

Post a Comment