Rim kereta biasanya dicipta untuk membuatkan kereta anda kelihatan agresif ataupun memberikan impression bahawa anda ialah seorang bapa ayam yang terkaya di desa. Ada rim kereta yang mempunyai spinners yang berputar walaupun tayar tidak berputar dan ada rim yang direka bagi menunjukkan caliper brek berjenama anda. Di Jepun sudah ada rim kereta yang membuatkan kereta anda kelihatan comel. Rilakkuma ialah watak beruang kartun comel yang popular di Jepun dan kini ianya menghiasi rim kereta sebesar 14 dan 15 inci. Harga sebuah rim comel ini bermula dari Yen 16 200 (RM 528) dan sekirnya anda mahukan rim yang comel belilah dan menjadi pelopor kegilaan rim kereta comel di Malaysia. Ada rim comel lebih best dari pakai rim douchebag pada Proton Wira cabuk yang perasan ianya sebuah Evo III.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment