Li Jinbang, memuatnaik gambar ‘kejam’ berkenaan di laman Weibo, ‘Facebook’ versi China, yang kononnya dia telah membunuh kucing tersebut.
Dalam masa yang singkat, dia mula menerima mesej-mesej dari pengguna Weibo yang lain dan turut menerima ancaman. Bimbang dengan keselamatan dirinya, dia membuang gambar berkenaan dari laman Weibo.
Malangnya, sudah terlambat. Gambar berkenaan menjadi viral di laman sosial.
Caption gambar yang dimuatnaiknya itu berbunyi:
Dalam gambar yang dimuatnaiknya ke laman Weibo itu, dia juga turut menerangkan bagaimana dia merebus ‘harimau’ berkenaan sebelum memotongnya menjadi bahagian-bahagian kecil.
Gambar menunjukkan seekor kucing yang tidak berdaya melepaskan diri dalam kandang.
Setelah dihujani dengan pelbagai mesej dan ancaman, dia cuba mempertahankan dirinya dan mendakwa kucing yang ditangkapnya itu sebenarnya cedera teruk akibat kemalangan. Dia mengambil kucing berkenaan sekadar menolong rakannya dengan meletakkan kucing berkenaan jauh dari lokasi kemalangan.
Katanya lagi, “Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan, apa yang saya buat ini tidak melanggar undang-undang.”
Sesetengah pengguna Weibo berpendapat mereka tidak hairan dengan kejadian seumpama itu terjadi, ini kerana gadis yang berasal dari selatan China itu, di kawasan mereka itu sememangnya terkenal dengan makanan-makanan esotik. - Daily Mail
0 comments:
Post a Comment