Seorang pengguna Reddit, carlinha1289, berkongsi gambar perkembangan mata bayinya yang bernama Emma, dan pembedahan untuk memperbetulkan kedudukan anak mata Emma yang berlainan (juling). Dalam perubatan, keadaan ini dipanggil strabismus.

Emma pada usia enam bulan dan Emma pada usia 18 bulan

Gambar pertama ialah semasa Emma berusia enam bulan apabila ibu bapanya mengesyaki ada yang tidak kena dengan matanya. Mata Emma juling, tetapi pediatrician tidak berjaya mendiagnosis keadaan tersebut semasa Emma berusia 3 bulan dan 5 bulan.

Emma semasa berusia 4 bulan


Emma semasa berusia 5 bulan


Emma semasa berusia 6 bulan


Cermin mata pertama Emma

Emma mula memakai cermin mata pada usia 8 bulan. Dia tidak sukakan sangat cermin mata tersebut, walaupun dia nampak comel memakainya.

Emma semasa dibaptiskan (8 bulan)


Cermin mata baru, dan mata yang ditampal

Disebabkan pediatrician tidak mengesan masalah strabismus Emma, penglihatannya tidak berkembang seperti kanak-kanak normal. Dia lebih suka melihat menggunakan mata kiri dan menggunakan mata tersebut bila saja boleh, jadi ibu bapa Emma menampal mata kirinya untuk mendorong Emma menggunakan mata kanan.

Emma pada usia 14 bulan


Hari pembedahan

Setelah berada dalam senarai menunggu hospital selama setahun, Emma kini bersedia untuk dibedah.

Selepas pembedahan – pertama kali Emma membuka matanya.

Doktor memberitahu yang Emma akan berasa seolah-olah matanya berpasir. Pada masa itu Emma asyik meragam dan menangis.

Tidur dalam pelukan ibu.


Keluar dari hospital dengan ayah

Mata Emma sangat sensitif beberapa hari selepas pembedahan. Jururawat memberikan Emma sepasang cermin mata berbentuk bintang, dan dia sangat sukakan cermin mata itu.

Pembedahan berjaya!


Emma kini tidak lagi memerlukan cermin mata dan sebelah matanya juga tidak perlu ditampal. Penglihatan Emma kini jauh lebih baik, walaupun masih perlu menjalani pemeriksaan berkala.

0 comments:

Post a Comment