Pasti ramai yang pernah melihat luahan hati anak kepada Ketua Pramugara Andrew Nari di twittter miliknya.

Maira Elizabeth Nari yang kini berumur 18 tahun baru sahaja menghabiskan persekolahan di Tingkatan 5.

Dan hari ini adalah hari dimana dia sepatutnya mengambil keputusan SPM bersama ayahnya. Namun semua itu tidak mungkin berlaku.

Apa yang menyedihkan, Maira memuatnaik status yang amat menyentuh hati ramai orang.

Semalam Maira meluahkan perasaannya dengan harapan ayahnya dapat kembali semula ke pangkuan keluarganya.


Hari ini pula, Maira walaupun dalam kesedihan mengatakan dia menerima keputusan yang baik dalam peperiksaan SPMnya.

"Ramai yang pasti kecewa dengan keputusan mereka. Saya lebih risaukan ayah saya. Bagaimanapun, keputusan saya baik:)" - Tweet Maira.


Ramai pengguna Twitter rakyat Malaysia memberikan kata-kata semangat dan bersimpati akan nasib Maira.

Semoga pengakhiran insiden MH370 ini berakhir dengan baik. Sudah tentu berita keselamatan ayahnya yang paling ditunggu-tunggu buat masa ini. #prayforMH370

0 comments:

Post a Comment