Tahukah kamu-kamu yang sekarang sedang berlagak sebagai pakar penerbangan dan menyebut kerajaan bertindak lembab dalam menyalurkan maklumat berkenaan insiden ini bahawa perkara ini tidak semudah yang disangkakan?


Pesawat Air France 447 hanya dapat disahkan terhempas pada 6 Jun 2009 setelah pasukan mencari hanya menjumpai serpihan ekor pesawat dan dua mayat. Sedangkan pesawat itu dilaporkan hilang pada 1 Jun 2009.

Usaha mencari dihentikan pada 27 Jun 2009 dengan hanya menemui 51 mayat daripada keseluruhan 273 penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat berkenaan.


Kotak Hitam pesawat pula hanya ditemui pada Mei 2011 iaitu dua tahun selepas tragedi. Ini termasuklah penemuan bangkai besar pesawat juga ditemui pada tahun yang sama.

Lihatlah sendiri, betapa sulit dan sukarnya kerja-kerja berkaitan dengan tragedi penerbangan. Ianya bukan semudah tragedi kemalangan kereta di daratan.

Pesawat tidak boleh diumumkan sebagai terhempas selagi bukti kukuh tidak ditemui. Jadi janganlah jadi pakar di Faebook dan sedap bercakap semata-mata. Ini bukan kerja mudah, ini kerja RUMIT! - Anonymous

0 comments:

Post a Comment