Pada masa ini Malaysia Airlines sedang berusaha menghubungi ahli keluarga terdekat 239 penumpang dan anak kapal penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Subang, awal pagi hari ini.
“Kami mendoakan agar semua penumpang dan anak kapal selamat” - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya.
Pesawat MH370 sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada jam 6.30 pagi tadi namun pesawat Boeing 777-200 itu terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik pada jam 2.40 pagi.
Pesawat MH270 membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal yang terdiri dari warganegara 13 buah negara.
Ahli keluarga penumpang yang terlibat diminta untuk terus ke Bangunan Sokongan Kemudahan yang terletak di Zon Sokongan Selatan KLIA bagi mendapatkan maklumat terkini.
Berikut adalah senarai nama anak kapal dalam pesawat MH370 tersebut:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment