Pesawat Tentera Udara Vietnam berjaya mengesan dua tumpahan besar minyak di lokasi di mana pesawat MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi tadi dan ini merupakan petanda pertama.

Kenyataan rasmi kerajaan Vietnam itu menjelaskan tumpahan minyak itu berjaya dikesan lewat petang tadi di perairan selatan Vietnam di antar 10 hingga 15 kilometer panjang.

Namun, sehingga kini masih tiada pengesahan bahawa tumpahan besar minyak itu ada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang. Tetapi corak sepanjang 10 hingga 15 kilometer itu selari dengan dua tangki minyak pesawat MH370. - BH

0 comments:

Post a Comment