Satu dunia sedang bersedih mengenai kehilangan pesawat MH370. Kejadian yang berlaku awal pagi semalam ini mengejutkan bukan sahaja rakyat Malaysia, malah hampir kesemua penduduk dunia tertanya-tanya apa yang terjadi kepada penerbangan dari Malaysia ke Beijing ini. Hampir kesemua pengguna media sosial bercerita mengenai perkara ini dan berharap yang terbaik kepada pesawat MH370.


Namun seperti biasa, di kala orang ramai mengeluarkan kata-kata sokongan dan kesedihan, ada juga pihak yang tidak sensitif. Salah seorang yang mengeluarkan kenyataan “bodoh” yang tidak kena pada masanya ialah Zed Zaidi. Tidak diketahui apa yang bermain di fikiran pelakon ini ketika membuat kenyataan di bawah menerusi Twitternya.



Susulan kenyataan ini, nama Zed Zaidi terus menjadi “trending” di seluruh dunia dengan hampir kesemua pengguna media sosial lain mengkritik kata-katanya. Salah seorang senior di dalam industri hiburan iaitu Erma Fatima menegur perbuatan Zed yang sangat tidak sensitif.



Menyedari kesilapannya, Zed Zaidi tidak lama kemudian mengeluarkan kenyatan memohon maaf terhadap kata-kata yang telah dikeluarkan. Walaupun begitu sehingga ke hari ini namanya masih “trending” di laman sosial dan masih ramai yang mengkutuk tindakannya. Diharap agar artis lain berfikir panjang sebelum membuat apa-apa kenyataan kerana realitinya segala kata-kata anda diperhatikan oleh orang ramai.

0 comments:

Post a Comment