Akhirnya Prof Izzi melalui Facebooknya tampil memberikan respon mengenai kes raba pelajar perempuan UiTM Arau, Perlis.

Walaubagaimanapun, respon itu bukanlah bentuk penafian namun hanya dilihat untuk mengurangkan kehangatan kes yang menjadi buah mulut pengguna media sosial rakyat Malaysia.

Dalam status terbaru itu, Prof Izzi mengatakan bahawa dia tidak boleh memberikan sebarang kenyataan ketika ini kerana masih di dalam siasatan.


Walaubagaimanapun, status beliau mendapat banyak komen negatif dari pengguna media sosial yang mahukan beliau membuat kenyataan penafian untuk mengelakkan spekulasi terus bertiup kencang.



Namun selang beberapa minit kemudian, Prof Izzi memuat naik status baru yang menafikan status sebelum itu dibuat olehnya.


Apapun, imej Prof Izzi yang selama ini dilihat sebagai pakar motivasi versatile habis tercalar ekoran kes terbaru ini.

Semoga siasatan pihak polis menemukan penyelesaian yang terbaik dan keadilan perlu ditegakkan tidak kira siapa gerangan individu tersebut.

0 comments:

Post a Comment