Kereta kabel biasanya adalah seperti gerabak keretapi. Ianya ditarik dan tidak mempunyai kuasa untuk bergerak dengan sendiri. Tetapi Bas Terbang Skiway yang dibina di Pergunungan Catskill Amerika Syarikat adalah berbeza. Bas Terbang ini dilengkapi dua buah enjin 185 kuasa kuda yang membolehkan ia bergerak dengan kuasa sendiri. Ianya dibina pada tahun 1930 dan beroperasi sehingga 1956. Sebanyak 36 orang penumpang boleh dibawa pada satu satu masa dengan keadaan selesa. Sistem kereta kabel berbentuk bas ini adalah satu-satunya di dunia. Perkhidmatan Skiway dihentikan kerana kos penyelenggaraan yang tinggi dan ianya kerap rosak. So that is why zaman sekarang sistem kerata kabel yang digerakkan dari base station digunakan dan sistem sebegini sudah pupus. But you have to admit this flying bus is damn cooler than your usual cable cars.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment