Punca Prof Izzi minta direhatkan daripada menjadi pensyarah di UiTM Perlis
Prof Izzi Hj. Ali nampaknya mengambil langkah berdiam diri daripada memberikan komen secara langsung untuk menafikan penglibatan dirinya dalam kes raba pelajar UiTM di Arau, Perlis.
Melalui laporan terkini, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis mengesahkan pensyarah yang juga pakar motivasi terkenal sudah meminta pihak pengurusan institut pengajian tinggi itu untuk ‘merehatkannya’ buat sementara waktu.
Punca beliau mengambil tindakan tersebut kerana kontroversi yang masih berlarutan tersebar meluas di media sosial mengaitkan dirinya dengan perbuatan salah laku dengan seorang pelajarnya.
Prof Izzi juga turut mengatakan beliau ingin menenangkan diri sehingga kontroversi melanda dirinya itu berakhir.
Tindakan Prof Izzi dilihat berpatutan apabila mengambil kira akan tugasnya yang akan terjejas apabila berhadapan dengan para pelajar ketika menyampaikan kuliah.
Rektornya Prof Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, pihaknya bertindak memanggil pensyarah berkenaan demi reputasi universiti itu.
“Sebagai ketua, saya bertindak memanggil pensyarah berkenaan untuk berbincang sebelum beliau meminta untuk bercuti bagi menenangkan diri sehingga kes selesai.
“Malah, pelajar yang membuat laporan polis berkenaan juga kini sedang bercuti semester di kampungnya,” katanya.
Menurutnya, tindakan pelajar berkenaan membuat laporan polis mendakwa dirinya dicabul kehormatan oleh pensyarah berusia 40-an itu ketika di bilik lelaki berkenaan adalah hak individu masing-masing.
“Itu hak pelajar berkenaan untuk membuat laporan polis, sebagai rakyat Malaysia tiada seorang pun dihalang untuk berbuat demikian.
“Malah, saya tegaskan di sini, pihak UiTM tidak pernah berdiam diri dan sentiasa menjaga imej baik institusi pengajian ini, kita juga sudah mengambil tindakan yang sepatutnya dan yang lain serah kepada polis untuk menjalankan siasatan,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, tidak sepatutnya laporan polis dan maklumat peribadi pelajar berkenaan disebar meluas ke dalam laman sosial Facebook dan blog. “Saya kesal dan sedih perkara ini tersebar begitu cepat berikutan membabitkan maruah kedua-dua mereka. Apa yang saya boleh katakan, perkara ini masih dalam siasatan pihak polis,” katanya.
0 comments:
Post a Comment