LAMBAT BELI SARAPAN PAGI, SUAMI TERIMA 10 JAHITAN DI KEPALA AKIBAT DIPUKUL ISTERI 'RIMAU'
Seorang suami berusia 51 tahun menerima 10 jahitan di kepala selain lebam seluruh badan akibat dibelasah teruk oleh isterinya dengan alasan lewat membeli juadah sarapan pagi. Bertambah malang lagi, dia turut dihalau sehelai sepinggang dari rumah kediaman mereka.
Dalam kejadian awal pagi kelmarin, mangsa dikejutkan dari tidurnya dan diarah untuk membeli sarapan. Mangsa segera masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Dek tak sabar nak makan, si isteri terus menerus mendesak mangsa agar cepat, kononnya dia sangat lapar.
Mangsa menenangkan isterinya agar bersabar dan tunggu dia habis mandi terlebih dahulu. Sebaliknya, si isteri mula memaki hamun suaminya.
Hilang sabar dan berang dengan suaminya itu, si isteri bertindak memecahkan pintu bilik air dan meluru masuk dan memukul suaminya dengan kayu.
Mangsa cuba merayu agar tidak dipukul dan dia berjaya melarikan diri ke dalam satu bilik di dalam rumah berkenaan kerana bimbang terus dibelasah oleh isterinya itu.
Sekali lagi, isterinya bertindak memecahkan pintu bilik itu dan memukul suaminya sekali lagi.
Isteri 'samseng' itu hanya berhenti memukul apabila melihat kepala suaminya itu dipenuhi darah. Mangsa yang berada dalam kesakitan kemudian dihalau dari rumah didiami itu.
Mangsa hanya terpaksa menurut saja arahan isterinya kerana rumah yang didiami itu sudah dinamakan ke atas nama wanita baran berkenaan.
Mangsa membuat laporan di Balai Polis Jinjang selepas kejadian kerana tidak tahan dipukul sejak setahun yang lalu. Mangsa mendakwa sudah tiga kali membuat laporan polis akibat didera isterinya sebelum ini,” katanya.
0 comments:
Post a Comment