Namun, tatkala negara masih lagi berdukacita akan kehilangan pesawat MAS itu, ada juga pihak penerbangan lain yang menangguk di air yang keruh. Jika sebelum ini, mereka bersaing mengenai iklan makanan, gara-gara kritikan nasi lemak oleh seorang Chef Selebriti terkenal, kali ini lain pula jadinya.
Sekeping gambar keratan iklan milik AirAsia:
TRAINING & PREPARATION
Pilot training in AirAsia is continuous and very thorough. Rest assured that your Captain is well prepared to ensure your plane will never get lost. Have a safe flight!
Akibatnya ramai yang mengecam tindakan AirAsia menerbitkan iklan tersebut.
Tak tahu apa motif AirAsia sebenarnya. Iklan berunsur sindiran tak kena pada masanya pula?
Jika melihat kembali sejarah perkhidmatan Air Asia, kejadian di Hanoi, Vietnam tidak akan pernah dilupakan oleh rakyat Malaysia di mana AirAsia telah melarang seorang ibu dan anaknya yang hanya mempunyai kesan ‘chicken pox’ dari menaiki penerbangan AirAsia kembali ke Malaysia walaupun mereka memiliki surat pengesahan dari doktor yang anak mereka sudah sembuh dan tidak membahayakan penumpang yang lain.
Disaat itulah MAS tampil membantu ibu dan anak tersebut dari tempat tinggal hinggalah mereka kembali ke Malaysia dengan selamat.
Apa pun, tindakan AirAsia ini patut diberikan pengajaran. Jangan berasa hebat bilamana merasakan diri mereka menjadi pilihan rakyat yang kononnya boleh memberikan harga penerbangan ke mana-mana destinasi dengan harga murah.
Sumber
Gambar: SSTDM
Laporan dari Malaysiakini:
AirAsia menjadi sasaran warga siber berhubung sekeping gambar yang beredar di talian malam tadi berkaitan sebuah artikel di majalah dalam penerbangan syarikat tambang murah itu – travel 3Sixty – yang disifatkan ‘tidak sensitif’ ekoran tragedi MH370.
Gambar tersebut dikatakan menunjukkan halaman 125 majalah itu, dan ia merupakan sebahagian daripada artikel Tiga muka surat yang menggambarkan insiden-insiden lalu di mana juruterbang
mendarat di lapangan terbang yang salah dan soal teknikal yang terbabit dalam menangani isu ini, termasuk mempertingkatkan latihan untuk juruterbang.
Petikan itu berbunyi: “Training and Preparation – Pilot training in AirAsia is continuous and very thorough.
“Rest assured that your captain is well prepared to ensure your plane will never get lost. Have a safe flight!”
(Terjemahan: “Latihan dan Penyediaan – latihan untuk juruterbang di AirAsia berterusan dan sangat teliti. Yakinlah bahawa kapten anda cukup bersedia untuk memastikan pesawat anda tidak akan hilang. Selamat terbang!”)
Ini datang tidak sampai sebulan bulan sejak kehilangan MH370, di mana pesawat penerbangan ke Beijing itu secara misteri hilang pada 8 Mac dan kini dipercayai penerbangannya berakhir di Lautan Hindi.
0 comments:
Post a Comment