Ini bukan SABER Rider and the Star Sheriff tetapi Tim Sapu Bersih. Mereka ditugaskan membersihkan jalanraya Jakarta dari paku-paku yang ditaburkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu membocorkan tayar kereta dan motosikal. Tim Saber terdiri dari relawan yang menyapu permukaan jalan menggunkan mangnet yang ditarik oleh mereka secara berjalan kaki. Dalam setiap shift mereka mampu mengumpulkan secara purata 5 kilogram paku dari permukaan jalan raya. Ini adalah sangat mengejutkan dan menunjukkan betapa terdesaknya sesetengah individu pemilik bengkel menampal tayar Jakarta untuk mendapatkan bisnes.

Kesemua paku-paku yang dikutip pada akhir hari akan dijual sebagai besi buruk. Orang baling paku nak hasilkan bisnes haram menampal tayar, Tim Saber sapu bersih dan jana pendapatan menggunakan paku yang dicampak. Karma! Respect to Team Saber! Di Malaysia ada tak Tim Saber? Kami dengar di lorong motosikal ada juga nakharomz yang menabur paku macam di Indonesia!






0 comments:

Post a Comment